Monday, December 19, 2011

125 - PENGALAMAN HAJI 1432hijrah/2011masihi....Bersilaturrahim Satu Dunia

Ramainya manusia di bumi Mekah ini semasa musim haji. Berbagai rupa bentuk wajah, tubuh badan, warna kulit, putih bersih hingga segelap2nya, wajah cerah, cantik berseri, manis berjanggut, tenang dengan pelbagai sikap dan kerenah masing2. Paling nyata ramai juga yang ingin bersilaturrahim, suka menegur, dan melayan pertanyaan, adakalanya k...erenah masing2 melambangkan dari pelusuk dunia tempat asal mereka. Silaturrahim bukan sahaja berlaku semasa beribadat, malah semasa berjalan, masa makan dan juga masa membeli barang keperluan, masa shopping membeli cenderamata, di Safwa Tower, makan minum terutama dekat D’Saji, dan lain2 lagi. Juga dalam perjalanan dalam bas atau semasa menunggu masuk waktu solat. Jemaah negara asal mudah dikenali daripada raut muka, cara berpakaian, cara bercakap, mempunyai identiti dari segi tindak tanduk masing2. Subhanallah..Sempurnanya kejadian Allah yang Maha Pencipta. Kita adalah sebahagian daripadanya. Suasana dan tumpuan minda jemaah bertumpu kepada ingin beribadat dan memohon keampunan. Lupakan perbezaan dan kelainan yang ada. Ada jemaah Arab yang mengingatkan kami untuk bersolat Dhuha. Ada Jemaah Turki melebar sejadah untuk berkongsi bersama. Ada jemaah China membahagi2kan ‘tiger balm original’. Yang lainnya meminjamkan tasbih, berpeluk tanda bersaudara, malah menghulurkan air zam zam untuk diminum. Inilah suasana silaturrahim yang dapat diperhatikan. Mudah2an berterusan...Namun ujian silaturrahim sebenar adalah apabila berada di Arafah dan di Mina di mana manusia sangat ramai, padat dan sendat. Juga tatkala kesesakan bersolat di Majidilharam, sehingga sikap mementingkan diri sendiri menjadi lumrah. Ramai jemaah luar negara melangkah bahu dan kepala semata kerana ingin ke saf hadapan, sanggup memintas mereka yang sedang solat. Malah di kala ingin mencium Hajarul Aswad, berlaku tolak menolak secara kasar, mengerah tenaga merebut tempat & di kala ini ramai yang tersepit. Dalam keadaan2 begini, hubungan sesama manusia perlulah dijaga bersungguh2.......Inilah sebahagian ujian silaturrahim yang perlu kita lulus.

No comments:

Post a Comment