BLOG DRANUARAMIR UTM - Blog ini bertujuan mencetus pemikiran kreatif dan inovatif di kalangan generasi muda sebagai Pemangkin Generasi akan datang - Sebarang pendapat dan komen membina amat dialu-alukan.
Showing posts with label perancangan bandar. Show all posts
Showing posts with label perancangan bandar. Show all posts
Monday, March 4, 2013
143 - HHAH...APA TU PERANCANGAN BANDAR DAN WILAYAH....TOWN PLANNER??
Tugasan bagi kerjaya Town Planner juga begitu luas dan terlatih mahir dalam 14 tugasan berikut:
Tuesday, April 27, 2010
045 - KEPERLUAN UNTUK LONJAKAN PERANCANGAN BANDAR MUAR
Bandar Muar juga dikenali sebagai Bandar Maharani terletak dalam daerah Muar yang terletak di barat laut negeri Johor, Malaysia. Muar bersempadan dengan negeri Melaka (Sungai Rambai) di utara, daerah Segamat di timur dan daerah Batu Pahat di selatan. Ia adalah 50 km ke utara Batu Pahat. Perkataan ‘Muar’ dipercayai berasal daripada Muara. Muar adalah kaya dengan sejarah. Muar selama bertahun-tahun adalah bandar yang kedua terbesar di Johor tetapi kedudukan tersebut telah diambil alih oleh Batu Pahat dan mungkin juga Kluang. Namun demikian, Muar masih merupakan bandar penting dari segi pentadbiran selepas ibu negeri Johor Bahru. Mercu tanda terbaru bandar ini ialah Masjid Sultan Ismail ( masjid Jamek Kedua ), terletak di tebing utara Sungai Muar. Ia adalah masjid terbesar di Muar dan rekabentuknya adalah replika kepada masjid Sultan Ibrahim ( masjid Jamek Pertama ) yang terletak di Jalan Petri di tebing selatan. Disiapkan pada 2002, ia menyajikan pemandangan indah bila dilihat daripada bandar Muar, seolah-olah ia terapung di atas sungai. Muar dikenali sebagai pusat perabot negara. Ia mempunyai lebih banyak kilang perabot berbanding dengan lain-lain bandar di Malaysia. Lebuhraya pintasan Muar (Muar Bypass), (2 lorong dua hala) sepanjang 14 km termasuk Jambatan Kedua Muar dengan rekabentuk menarik yang keseluruhannya disiapkan pada 2005 adalah mercu tanda terbaru bandar ini. Lebuhraya yang menyusuri persisiran bandar Muar ini akan memudahkan perjalanan dengan mengalihkan aliran trafik daripada kawasan bandar dan seterusnya dapat mengurangkan kesesakan di Jambatan Sultan Ismail Muar yang lebih tua. Muar turut dikenali kerana makanannya. Makanan tempatan yang paling dikenali ialah Otak-otak,dodol maharani dan mee bandung Muar. Muar juga menjadi pusat tumbuhan lanskap negara. Terdapat lebih 300 nurseri tanaman hiasan dan lanskap di Muar. Pelbagai jenis tumbuhan hiasan yang berkualiti boleh didapati dan yang paling penting harganya murah. Permintaan yang tinggi dalam sektor perumahan dan rekreasi pada masa kini menyebabkan industri tanaman hiasan ini berkembang dan bersaing dengan pesat di Muar. Tarikan lain di Muar ialah Taman Tanjung Emas, taman rekreasi bagi bandar ini, yang terletak di muara Sungai Muar. Tebing sungai di taman ini dihiasi dengan laluan siar kaki yang menyajikan pemandangan menarik Sungai Muar. Taman ini yang dikunjungi ramai sewaktu hujung minggu juga menempatkan padang golf 9-lubang. Terdapat perkhidmatan bot menyusuri Sungai Muar selama 45 minit hingga satu jam yang bertolak dari taman ini untuk memberikan peluang kepada pelancong menikmati pandangan bandar Muar dari sungai. Namun, dari segi fungsinya masih kurang membangun, pembangunannya yang agak perlahan dan tidak lagi menjadi bandar persinggahan yang penting walaupun ianya mempunyai potensi yang amat luas kepada perancangan.
(SUMBER RUJUKAN: Dari Wikipedia)
Bandar Muar .......perlu lonjakan perancangan. Ke mana arah tuju perancangan bandar Muar???
Subscribe to:
Posts (Atom)