Monday, December 19, 2011

120 - PENGALAMAN HAJI 1432hijrah/2011masihi....TEMPAT2 TERSENTUH HATI dan TANGISAN.



Tangisan dan airmata adalah anugerah tatkala menyempunakan Haji. Ia juga satu bentuk penyerahan rohani, jiwa raga kita kepada pencipta, Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Usah pelik jika melihat manusia tersedu-sedu, mengalirkan airmata, terisak-isak, menangis di kalayak ramai seolah-olah banyak dosa dan menyesali dosa-dosa silamnya. Memoh...on keampunan, merintih dan menyerah diri, merayu, menyedari kelemahan & kejahilan diri, bermuhasabah dan mengharap keredhaan Allah, dan adakalanya kerana merasai keamanan dan kedamaian. Selalunya spontan dan tidak dibuat-buat. Airmata mudah mengalir tatkala; Selepas beberapa hari di Madinah - semasa solat di Masjid Nabawi, Setiap kali berdoa selepas solat berjemaah & solat2 sunat, Berada di saf hadapan berdekatan Makam Nabi, Semasa menziarah Makam Nabi, Di dalam Raudah, Semasa meninggalkan Madinah, Pertama kali berhadapan dengan Kaabah, Di Arafah - sewaktu & selepas kutbah dan selepas solat jamak Zohor-Asar, Sewaktu berdoa di Arafah sebelum waktu Maghrib, Di khemah Mina selepas melontar 1 – Jamratul Kubro, Semasa berzikir munajat di Mina, Di depan Baitullah, Di dalam Masjidil Haram terutama berhadapan Kaabah, Selepas Saie Haji – penamat rukun dan wajib haji, Selepas menyerjakan Tawaf wada’, …dan juga dalam perjalanan kapal terbang balik ke Tanah Air. Wallahualam Bissawab…Dan sesungguhnya hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Mudah2an Tangisan dan Airmata memberi ruang dan peluang untuk kita berfikir Keagungan Allah......

No comments:

Post a Comment