- Penyucian diri bermula sebelum berangkat – membersihkan hati dengan sifat-sifat mahmudah iaitu sifat-sifat yang mulia & menjauhi sifat-sifat mazmumah iaitu yang keji dan tercela,
- Haji adalah berfokus aktiviti fizikal – banyakkan berjalan. Namun jangan abaikan soal2 kerohanian. •
- Sabar..sabar…sabar – kesabaran tiada penghujungnya.
- Jaga kesihatan…jaga kebersihan diri. Anda mungkin mengalami cepat sakit jika kebersihan diri tidak dijaga.•
- Bercakap perkara yang penting sahaja. Bila dalam kumpulan memadai jadi pendengar yang baik – elakkan berbicara perkara yang sia2.•
- Usah menyendiri..bersilaturahim di mana jua anda berada – semasa makan, dalam masjidil haram, di dataran dan di mana jua, hubungan sesama manusia perlu dijaga dan dipelihara.•
- Jangan membazir semasa makan – ambil sedikit dahulu jangan ambil bahagian orang lain.•
- Usah bertekak dengan pasangan. Berdiam diri dan senyum selalu - belajar mengembirakan pasangan setiap waktu.•
- Apabila orang meminta…memberilah. Banyak bersedekah membawa keberkatan.•
- Usah merungut apa2...apatah lagi bercakap tentang ketidakpuasan hati – Semua yang berlaku ada hikmahnya.•
- Banyakkan berdoa setiap waktu...Ia juga adalah ibadah.•
- Pergilah menunaikan haji dalam keadaan ketakutan dan tawaduk - nikmatnya amat bermakna.•
- Jika pergi dengan pasangan – lakukan amal ibadah bersama bukan dengan rakan sebilik. ..........Sekian, semuga menjadi renungan dan panduan bersama.
BLOG DRANUARAMIR UTM - Blog ini bertujuan mencetus pemikiran kreatif dan inovatif di kalangan generasi muda sebagai Pemangkin Generasi akan datang - Sebarang pendapat dan komen membina amat dialu-alukan.
Monday, December 19, 2011
122 - PENGALAMAN HAJI 1432hijrah/2011masihi....Tips Dari Rakan2.
Beberapa tips untuk bakal haji sebagai panduan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment