Tuesday, September 18, 2012

139 - Keperluan ‘Smart Growth’ secara ‘Transit-Oriented Development’ (TOD) di ‘Malaysian Suburban Environment’




Transit-Oriented Development (TOD) merujuk kepada corak pembangunan yang berkepadatan tinggi dan mix development… mempunyai ciri-ciri ‘pedestrian-friendly’, kewujudan masyarakat yang mempunyai ‘sense of place’ yang kuat, kehidupan secara ‘livable communities’ dan mempunyai pembangunan pusat transit yang baik sebagai satu nukleas tumpuan aktiviti seharian penduduk tempatan di suburban. Kemudahan suburban transit sehingga kini, seolah tiada dirancang di Malaysia kerana kebanyakan penduduk masih amat bergantung sepenuhnya kepada kenderaan persendirian untuk pergerakan…di samping terdapat kelemahan ketara dalam pengangkatan awam..yang tidak efficient dan lemah dari segi perancangannya. Bagi perjalanan ke tempat kerja, adalah lebih berkesan penduduk suburban menggunakan pengangkutan awam ..terdiri dari  modes pengangkutan awam yang berbagai dan berteknologi tinggi. Mod pengangkutan berkonsepkan LRT dan MRT amat diperlukan. 
 Pembangunan  TOD boleh menggalakkan penduduk berkerja di tempat lebih hampir dengan kawasan kediaman mereka, satu cara mengurangkan kesesakan lalulintas dan mengelak berlakunya sprawl..rebakan bandar yang tidak terkawal. Sekiranya diberi pilihan, lebih ramai penduduk suburban akan memilih sistem pengangkutan awam sekiranya ianya cekap dan ‘reliable’. Pergerakan secara berjalan kaki, berbasikal dapat dipertingkatkan sekiranya kemudahan ‘suburban transit’ dirancang dengan baik. Ini boleh menggalakan ‘livable communities’..… memberikan suasana selesa, lebih selamat dan sesuai dengan keperluan kualiti hidup era dunia moden dengan merancang kepadatan pembangunan yang lebih tinggi di sekitar suburban. Pembangunan bercorak transit di kawasan suburban masih lemah..kurang di Malaysia. 

......Dan pembangunan berbentuk rebakan bandar..’urban sprawl’ dibandar-bandar besar di Malaysia perlu dikawal segera. Peranan Perancang Bandar perlu dipertingkatkan sehingga di peringkat perlaksanaan projek-projek pembangunan.

4 comments:

  1. Perancangan pembangunan TOD perlu dilaksanakan bagi membantu mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas dan memberi peluang kepada penduduk sekitar menggunakan kemudahan awam tanpa bergerak keluar dalam jarak yang jauh untuk menggunakan kemudahan ini....

    ReplyDelete
  2. Di samping perancangan pembangunan TOD, saya berpendapat kita juga boleh mengaplikasikan penggunaan sistem no plat pendaftaran kenderaan secara berwarna di Malaysia.Setiap warna ini mempunyai kefungsiannya yang berbeza contoh seperti warna hijau untuk kenderaan ke pejabat/tempat kerja,warna merah untuk masuk ke bandar dan warna-warna lain. Ini juga dapat membantu mengawal kesesakan lalulintas dan menggalakkan penggunaan kenderaan awam kerana semua orang tidak akan memiliki kesemua no plat pendaftaran berwarna yang berbeza.Sistem ini juga sudah diaplikasikan di Singapura, so kita juga boleh cuba mengaplikasikan di Malaysia pula terutamanya di bandar-bandar yang mengalami kesesakan lalutintas yang serius.

    ReplyDelete
  3. TOD sangat sesuai utk bandar-bandar besar yang tahap pembangunannya maju seperti Kuala Lumpur. jaringan pengangkutan awam yang baik dapat menggalakkan orang ramai untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain menggunakan pengangkutan awam. hal ini secara langsung dapat mengurangkan kesesakan lalulintas di ibu negara khususnya pada waktu puncak.
    jaringan pengankutan yang baik dan menghubungkan kawasan kediaman dengan tempat rekreasi atau tempat membeli belah membantu orang reamai bergerak dengan mudah apabila menggunakan pengangkutan awam.
    senario penggunaan jaringan pengangkutan awam di bandar Kuala Lumpur hanya di kawasan tertentu sahaja kerana pengangkutan seperti LRT tidak menyeleruh, tetapi teksi dan bas sentiasa terdapat di kawasan yang tidak dicapai oleh tren ini.
    pengguna akan memilih menggunakan pengangkutan awam jike pengangkutan awam yg disediakan membantu memudahkan urusan seharian dan bukan menyusahkan.

    ReplyDelete
  4. TOD merupakan salah satu cara yang amat sesuai diamalkan di negara-negara yang sedang membangun seperti Malaysia. Melalui pelaksanaan TOD, pelbagai masalah yang wujud di negar kita dapat diatasi walaupun tidak sepenuhnya. Contohnya masalah kesesakan lalulintas, pencemaran udara, kemunduran ekonomi serta kadar kemalangan yang semakin meningkat. Selain itu, kemajuan tidak tertumpu pada satu kawasan sahaja. Kemajuan harus dikecap oleh seluruh pelosok tanah air kita. oleh yang demikian, jurang perbezaan dapat dikurangkan. Selain itu, kita juga dapat membina satu sistem jaringan yang lebih sistematik dan terancang. Hal ini dapat membantu kita bagi mencapai wawasan 2020 seterusnya dapat menaikkan nama Malaysia di mata dunia setaraf dengan negara-negara maju yang lain.

    BASHIROH BINTI ISMAIL
    A11BE0014
    2SBEP

    ReplyDelete