Kajian berkaitan
konsep suburban banyak menjurus kepada melihat bandar sebagai satu pusat (Abdallah Salam, 1981; Chen,
Hsin-Ping, 1993). Bagi sebuah wilayah metropolitan, fokus diberikan dengan
melihat fungsi bandaraya utama
dalam proses percantuman bandar-bandar
yang berdekatan dalam membentuk satu
koridor pembangunan bandar. Sejak
tahun 1970an banyak istilah dipakai bagi menggambarkan kawasan suburban secara
khusus seperti ‘urban finge’, ‘rural-urban fringe’, ‘suburb’, ‘suburbia’,
‘metropolitan village’, ‘outer city’, dan ‘neo-city’. Istilah `urban fringe'
dan `rural-urban fringe' menggambarkan kawasan luar bandar yang mempunyai
fenomena bandar secara keseluruhannya (Singh, V.R 1967). Manakala istilah
`suburban' dan `suburbia' menggambarkan sebahagian kawasan pinggir metropolitan
yang lebih dipengaruhi oleh pengaruh bandar (Winssink, 1962). Istilah-istilah
lain adalah lebih khusus untuk satu-satu kawasan yang bersifat pusat
pertumbuhan di sekitar pinggir bandar menghala ke luar bandar.
Kawasan suburban menerima pengaruh bandar dari
segi pembangunan fizikal guna tanah, aktiviti ekonomi penduduk, dan mencorak
kehidupan masyarakat nya (Sinha, 1979). Sebahagian besar kajian yang pernah
dilakukan mengatakan kawasan suburban sebagai
zon peralehan guna tanah, sosial dan demografi (Pryor, 1973). Dari segi
fizikalnya ianya merupakan penyambungan kepada kawasan tepubina bandar.
Sebahagiannya berkembang sebagai pusat pertumbuhan baru, ‘dicerobohi’ oleh
pembangunan industri atau guna tanah dan aktiviti dalaman bandar (Cheng, 1985).
Dari segi guna tanah, ada diantaranya merupakan guna tanah yang ‘tidak
diterima’ oleh bandar atau luar bandar saperti kawasan pembuangan sampah dan
sisa pepejal dan tanah perkuburan. Dari segi jarak kawasan ini boleh berada
sehingga 20 kilometer dari sempadan pentadbiran bandar (Anuar Amir, 1990). Di
negara membangun, sebahagian besar kawasan suburban adalah kawasan
semulajadi yang belum sesuai dibangunkan
kerana ketiadaan prasarana bandar.
Dalam konteks
perancangan, ianya adalah kawasan kabur (gray area) untuk pembangunan kerana
belum pasti bentuk pembangunan yang bakal dijalankan. Bagi pertumbuhan sebuah
wilayah metropolitan, kawasan ini adalah masa depan koridor-koridor
pembandaran. Dari segi ciri-ciri spatialnya pula, kawasan ini sering menerima
tekanan kepada pembangunan terancang.
Kajian-kajian awal ke atas
kawasan suburban dibuat mengarah kepada pemahaman mengenai konsep perkembangan
bandar di samping memperlihatkan
hubungkait kawasan dengan bentuk dan ciri-ciri bandar utamanya. Singh
(1967) menyatakan kawasan suburban
membangun disebabkan oleh corak perkembangan bandar di mana melibatkan unjuran
keperluan gunatanah bandar berkembang ke kawasan peralehan ini. Garniar dan
Chabot (1967) menyatakan kawasan suburban
adalah proses penyambungan kawasan tepubina bandar. Ini menunjukkan
pergantungan kawasan suburban dengan kawasan bandar. Dickinson (1967)
menjelaskan kawasan ini sebagai kawasan luar bandar yang `dicerobohi' oleh pembangunan industri dan lain-lain aktiviti dalaman
bandar termasuk perkembangan sistem pengangkutan dari bandar ke luar bandar.
Pryor (1973) dalam menjelaskan konsep suburban-luar bandar (rural-urban fringe)
menyatakan ianya sebagai satu zon peralehan gunatanah, sosial dan
demografi yang terletak di antara
kawasan penyambungan tepubina bandar dan kawasan luarbandar yang mempunyai
ciri-ciri yang hampir serupa dengan kawasan bandar. Davidson (1972) mengganggap kawasan suburban adalah sebagai
tanah kawasan luar bandar iaitu berjarak kira-kira tiga atau empat batu dari
kawasan tepubina bandar.
Kajian-kajian
terkini pula lebih melihat kawasan suburban
sebagai satu unit spatial yang tersendiri (Herington, 1984). Banyak kajian
ditumpukan kepada menganalisis ciri-ciri, isu-isu pembangunan dan pengaruh
bandar ke atas satu-satu aspek seperti nilai tanah, aktiviti pertanian, alam
sekitar dan sebagainya (Sanders, 1995).
Sebagai rumusan istilah ‘kawasan suburban’ membawa
pengertian sebagai kawasan yang berada di antara kawasan bandar utama dan
beberapa bandar di sekitarnya, dengan kawasan luar bandar yang berhampiran
bandar. Pengaruh jarak amat penting dalam mengkaji pengaruh bandar. Dari segi
jarak ia boleh berada sehingga 20 km. daripada kawasan bandar sempadan utama.
Dari segi aktiviti gunatanah,
sebahagiannya belum dibangunkan atau kurang diselaraskan pembangunannya.
Ciri-ciri umum kawasan berbentuk campuran ciri bandar dan ciri-ciri luar
bandar. Gunatanah utama yang berkembang pesat ialah perumahan, industri,
pekedaian, dan sebahagian kawasan merupakan gunatanah yang tidak dapat
`diterima' sebagai guna tanah bandar atau guna tanah luar bandar. Dari segi
kemudahan asas dan infrastruktur dalam kawasan adalah kurang dan pembangunannya
dipengaruhi oleh corak perkembangan kawasan dalaman bandar. Kawasan ini semakin
menurun ciri-cirinya sebagai kawasan luar bandar dan semakin beralih kepada
ciri-ciri kawasan bandar. Bentuk lingkungan kawasan ini adalah berbeza-beza
dari bandar ke bandar disebabkan faktor fizikal, dasar pembangunan, dan corak
ekonomi bandar tersebut. Perubahan yang selalu dialami adalah berdasarkan
perkembangan sistem pengangkutan, pertambahan penduduk dan juga pembangunan
fizikal. Satu kaedah yang boleh dipakai untuk melihat impak limpahan
pembandaran yang berlaku ke atas suburban ialah melalui kajian skala ciri-ciri
pembandaran (scale of urbanity) ke atas kawasan berdasarkan pengaruh bandar utama.
Suburban perlu dirancang seperti idea2 smart growth..konsep bandar suburban perlu diwujudkan di malaysia...seperti suburban village...bandar baru..bandar metro..Bandar TOD.. petempatan tradisi...dll.
ReplyDeleteDi peringkat perlaksanaan para perancang perlu ada peranan. Idea2 kena diketengahkan...tulis buku..artikal...dalam blog..untuk dikongsi bersama.Tq dr.Mudah2an hasrat tercapai.
Perancangan kawasan pinggir bandar perlu dilakukan dengan teliti bagi mengelakkan nilai-nilai estetik kawasan tersebut tidak ditelan zaman. Kawasan pinggir bandar di Malaysia kebanyakkannya masih mempunyai nilai-nilai kawasan kampung dan cara hidup yang bersederhana dalam penggunaan teknologi, infrastruktur dan perancangan pembangunan yang agak lembap. Usaha berterusan dalam membangunkan kawasan pinggir bandar perlu diberi penekanan supaya tidak mengalami ketinggalan arus pemodenan.
ReplyDeletekini??kita lihat pembangunan di malaysia semakin pantas hari demi hari..kalu kita melapangkan dada memikirkan dengan pemodenan pembangunan yang semakin pesat mengejar matlamat saranan kerajaan dalam masa sama sesuatu pembangunan yang dijalankan terlepas pandang akan kesan di sebalik pembangunan itu..hari-hari dunia semakin mencari kemajuan sambil berganding bahu meletakkan nama negara ke mercu dunia..kalau kita lihat,negara kita pada zaman kini arus kemajuan semakin pesat???dan bagaimana pada 20 tahun akan datang??oleh itu,sebelum merancang sesuatu pembangunan seharuslah bijak memikirkan jangka masa akan datang..
ReplyDelete