
BLOG DRANUARAMIR UTM - Blog ini bertujuan mencetus pemikiran kreatif dan inovatif di kalangan generasi muda sebagai Pemangkin Generasi akan datang - Sebarang pendapat dan komen membina amat dialu-alukan.
Thursday, June 30, 2016
163 - TAZKIRAH SUBUH 23 ramadan
23 RAMADAN 1437…TAZKIRAH SUBUH YB ATUK hadiri pagi ni….Alim vs Jahil. Alim bermaksud berilmu, mengetahui; Jahil ertinya tidak mengetahui atau ilmu tidak sampai & bukan pula bermaksud bodoh. Bermuhasabahlah diri setakat mana alim dan jahilnya kita. Bulan Ramadan bukan setakat hanya bulan utk berpuasa, malah bulan mempertingkatkan ilmu dan ibadat masing2. Sayangnya banyak surau, masjid memberhentikan majlis ilmu sempena berpuasa. Ada juga dari bulan Sya’ban lagi kuliah ditamatkan, majlis tangguh dibuat sempena kedatangan Ramadan…disambung hanya setelah berakhirnya bulan Syawal....setelah puas menyambut raya. Meriahnya kita menyambut raya hingga sebulan penuh?? Banyak aktiviti maupun ibadat tertentu ditangguh. Hanya kerana puasa & raya. Anak2 juga diajar berpekerti baik hanya di bulan Ramadan…Fungsi Ramadan sebagai bulan masuk madrasah & pesantren terhenti setakat itu saja…Ayuh mari menjadi orang alim & atasi kejahilan diri dari terikut2 dengan budaya & corak pemikiran yang membelenggu diri….. Wallahu A'lam Bishawab (Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui yang sebenarnya). Allahu Akbar.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment