Tuesday, June 14, 2016

156 - MAAFKAN YB ATUK….



MAAFKAN YB ATUK….HANYA SEKADAR berkongsi pengalaman bertarawih hari pertama di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.. Selangor’s State Mosque…yang memang dinanti2kan. Suasana amat meriah sejak maghrib lagi… Semasa bertarawih, bermulanya Iman mengalunkan bacaan Alif Lam Min di rakaat pertama …hati sudah mulai sebak..sungguh merdu membuatkan air mata mulai mengalir..Ruginya tidak memahami sepenuhnya bacaan. Yang Jarang sekali YB Atuk merasai begini. Imbasan seperti semasa di Makkah dan Madinah. Imam menghabiskan hanya 5-6 ayat sebelum rukuk…tidak terlalu panjang & ini selasa pada yang ramai…seterusnya dan seterusnya. Pengurusan masjid menyediakan tiga kenderaaan buggy bagi mereka yg tiada kenderaan atau parking kereta jauh dari pintu bangunan Masjid. Selain dari itu ada Perkhidmatan Kids Corner..Ruang program Tanyalah Ustaz TV9…Diskusi Dhuha…Tazkirah2…Namun selepas lapan rakaat solat tarawih..berpusu2 juga yang keluar dari Masjid. Inilah situasi kebanyakan Masjid2 di Malaysia. Agaknya?... Makanan disediakan selepas tarawih. Kenderaan sedikit sesak dan ada yang menghalang aliran lalulintas dalaman. Parking kurang teratur…Namun kecekapan Renjer dan kesabaran para pemandu, semuanya berjalan lancar. Tahniah…Kemudahan2 yang baik di sini yang patut dicontohi oleh masjid2 lain. Bulan Ramadan...bulan yang mulia & memberi begitu banyak manfaat & keistimewaan Syukur Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment