Monday, October 5, 2015

POST 148 - PERANAN PENSYARAH UNIVERSITI KINI....

PERANAN PENSYARAH UNIVERSITI SEBAGAI PENGAJAR kini merupakan lipatan sejarah. Transformasi & tuntutan baru dalam universiti telah menversatilkan kerjaya ini. Dulunya ahli akademik bersifat seorang yang membudayakan ilmu atau penjana…pencetus atau paling lemah pun sebagai penyampai ilmu. Teknik mengajar begitu pantas berubah berinovatif…& namun ramai pensyarah mampu mengarap kecanggihan teknologi…IT…dan juga mahir mengendalikan teknologi dalam pembelajaran & pengajaran mereka. Bagi mereka yang tidak mahu berubah...mereka adalah golongan yang ketinggalan kapal…terkapai-kapai..& malah boleh menjadi bahan jenaka & ditertawakan. Terkini, kumpulan pensyarah  yang tidak bercirikan world class ranking dianggap kekangan kepada universiti. Teras pensyarah kini lebih sebagai penyelidik.. perunding… business person & keusahawanan juga bentuknya…disamping kekal sebagai penasihat & pemberi motivasi pelajar & dalam kerjaya mereka… Peranan Pensyarah sebagai Pengajar telah disamaratakan dalam KPI atau untuk kenaikan pangkat. Pendokumentasian P&P juga menjadi tugas2 routine pensyarah namun tidak menggembirakan sebilangan besar pensyarah. Malah Pensyarah2 senior berkelulusan tinggi tercabar melengkapkan diri dalam segala hal sekiranya mereka juga diberi tugas berkaitan Pengurusan dan Pentadbiran universiti. Perkembangan ini membuatkan Kursus2 yang memberi nilai komersial nampaknya diutamakan.  Kursus2 Sosial Sains…& Kemanusiaan perlu juga bersaing..& banyak yang tercicir dan tewas dalam arus ini ..& akhirnya Universiti bukan lagi dilihat sebagai Menara Gading  iaitu sebagai simbol puncak status yang melimpah dengan aura akademianya……. ARAH TUJU UNIVERSITI - Yang releven & realiti masih perlu diselidiki.

No comments:

Post a Comment