Monday, October 5, 2015

POST 147 - NOSTALGIA KERJAYA SEBAGAI PENSYARAH....

NOSTALGIA KERJAYA SEBAGAI PENSYARAH….Pensyarah atau ahli akademik umumnya berperanan membudayakan ilmu…membangunkan minda…meningkatkan peradaban masyarakat & begitu terserlah expectation masyarakat pada beberapa dekad lalu…Kerjaya ini dapat mempengaruhi pemikiran & mencetus idea2 baru kepada pelajar.. Namun kini kerjaya pensyarah di Malaysia melangkah era baru sebagai hub pusat kecermerlangan penyelidikan…Di era new millennium & globalisasi… setelah berlakunya reformasi pendidikan..telah mengubah corak & peranan Universiti, ke arah mengukuhkan daya saing… Kemasukan tenaga pengajar dari luar…menjadikan perlunya setiap pensyarah di Universiti  meningkatkan kepakaran masing2…Pensyarah perlu menyahut melengkapkan diri dengan pekembangan semasa yang moden & canggih…arah & peranan IPTA dulu mungkin berbeza tapi sekarang mempunyai misi menjadi pusat kecemerlangan ilmu di rantau dan perlu bersaing di peringkat dunia. Laluan kerjaya Pensyarah tidak mudah dan juga tidak sesukar yang dibayangkan….Anda perlu mempunyai kelulusan setimpal cemerlang dan commitment yang tinggi kepada profession…minda inovatif & kreatif..dan sedia menyahut cabaran….mempunyai idea2 bernas yang boleh melakar maklumbalas….sanggup melibatkan masa yang banyak dgn kerja-kerja penyelidikan, penulisan & penerbitan, penyeliaan projek dan thesis pelajar.... Kepakaran anda memerlukan anda  membentangkan kerja2 penyelidikan & penulisan di peringkat Nasional & Antarabangsa… Tumpuan bukan sahaja pada kelas & kuliah sahaja…tetapi Pensyarah juga perlu menjerumuskan diri dalam kerja2 kemasyarakatan…sumbangan kerja2 sosial..membentuk personaliti & disiplin yang tinggi..mempunyai wawasan  yang boleh dikongsi bersama masyarakat..dan anda sebagai Pensyarah juga perlu berkongsi ‘shared-core-value’ masyarakat dan Negara.


No comments:

Post a Comment