Tuesday, December 14, 2010

094 - MEREDA PERASAAN MARAH

Sifat marah tidak dapat dielakkan dalam banyak keadaan. Ia juga merupakan salah satu sifat semulajadi manusia. Ianya berpunca daripada tekanan perasaan yang dialami, akibat disakiti, dizalimi, dianiaya atau diperlecehkan. Sifat marah boleh merosakkan keharmonian dalam kehidupan, serta membawa kemudaratan kepada orang lain. Marah adalah ibarat percikan api yang bernyala dalam hati sanubari. Dan juga sifat marah itu dicetuskan oleh syaitan. Kemarahan yang sering kita alami berkaitan dengan hubungan antara dua perasaan, suami isteri, dalam keluarga, mendisiplin rumahtangga, tingkah laku anak, masalah kewangan, percanggahan pandangan dan pelbagai perkara berkaitan perkerjaan dan suasananya, tiada persefahaman, tuduh menuduh dan berprasangka buruk terhadap sesuatu.


Apakah kaedah terbaik meredakan perasaan marah???




  • Banyakkan membaca ta’awwuz (A’uzubillahi minas syaitanirrojim).


  • Belajar mengawal emosi - sabar dan menahan diri tatkala marah yang meluap-luap.


  • Beristighfar sebanyak-banyaknya - itulah senjata orang mukmin.


  • Baring tatkala duduk - Duduk tatkala berdiri.


  • Ambil wuduk - api kemarahan boleh dipadamkan dengan air.


  • Ingat dosa apabila marah - kesan daripada kemarahan itu akan membawa kepada bibit persengketaan, permusuhan, pergaduhan dan dosa-dosa yang lain.


  • Bertoleransi sesama kita - dari awal hindarkan sebab atau punca menyebabkan kemarahan orang. Jaga tuturkata dan tingkahlaku.


  • Banyakkan berdiam diri dan berdoa - jangan mengeruhkan keadaan.


  • Hayati bahawa setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah - perlu redha kepada apa yang berlaku sekiranya tidak dapat dihindarkan.



  • Fahami kesan marah kepada manusia:
    - Makin digoda oleh syaitan
    - Membuka luas sifat mazmumah (tercela) yang dibenci Allah seperti berdendam, dengki dan irihati, angkuh dan sombong.
    - Menyebabkan kita melakukan kezaliman.
    - Tidak dapat membuat keputusan yang tepat.
    - Banyak perceraian berlaku kerana marah.
    - Betapa buruknya rupa sesorang - berkerut-kerut itu tatkala marah.
    - Mendatangkan stress - kemurungan - kesan pada jiwa.
    - Prestasi kerja akan menurun.
    - Kepada kesihatan - mudah menghidapi penyakit berkaitan darah dan hati.
    - Sifat marah itu berkaitan dengan sifat sombong dan ego yang tinggi. Merendahkan ego tidak bererti kita lemah dan rendah diri.


  • Doa, zikir dan wuduk - ubat mujarab mereda kemarahan.

9 comments:

  1. ~Doa, zikir dan wuduk - ubat mujarab mereda kemarahan...~

    nih paling penting...

    SELAMAT BERAMAL~~

    ReplyDelete
  2. Bagus Payche..TQ. Golongan remaja paling tercabar untuk meredakan kemarahan. Darah muda, darah panas..emosi tengah berkembang. Sama-sama kita beramal untuk kesejahteraan diri.

    ReplyDelete
  3. kita seharusnya mengawal perasaan marah trhdap diri sendiri mahupun dgn org len...
    marah juga boleh mndtgkn kesan trhadap pesakit lemah jantung yg boleh mndtgkn maut...
    jd kita amalkn kaedah yg telah dinyatakn di atas supaya kita dtg mgawal perasaan marah kita...

    ReplyDelete
  4. Betul tu...marah penyumbang kepada penyakit jantung. Duk dag...dag duk..menjejas degupan jantung.

    ReplyDelete
  5. orang muda mmg kuat naik darah especially kalau beselingkuh dgn ibu bapa. saya pun begitu juga,tp dlm beberapa tahun ni, ubat terbaik jika berasa tidak puas hati dengan ibu bapa is Silence dan berdoa agar dilembutkan hati sendiri. tak rugi pun berdiam diri. kan? xD

    ReplyDelete
  6. Memang betul sangat tu Ladysheqa dan lain-lain. Terima kasih kerana berkongsi idea. Berdiam diri banyak membantu. Mendengar leteran ibu..atau dari isteri..memang lumrah. Tak rugi berdiam diri, dapat malah menyejukkan keadaan apabila berhadapan dengan orang yang kaki baran. Lama kelamaan mereka yang marah akan sedar sendiri...kadang kala malu sendiri. Apabila berumah tangga berdiam diri amat perlu, jangan ambil hati sangat leteran. Biarkan ianya menjadi abu. Namun perbaiki apa yang boleh.

    ReplyDelete
  7. Sya sokong 100% maklumat dr. Pengalaman mengajar saya supaya diam jika tidak perlu bercakap. Pelajar kena sedar dari sekarang. Jangan panas baran tak tentu arah. Jangan sensitif sangat.

    ReplyDelete
  8. Remaja sekarang kerap tidak setuju dengan pandangan ibubapa dalam banyak hal. Ibu bapa juga tidak memahami emosi anak remaja mereka..selalunya lah. Ini yang kena baiki..kat kampung apatah lagi.

    ReplyDelete
  9. Salam tq dr sbb bagi tips yg sgt penting seperti ini....sebagai pelajar banyak dugaan yang ditempuhi oleh sy dan rakan2 baik dari segi pergaulan sesama rakan mahupun bersama-sama pensyarah....sy amat menyukai ayat terakhir daripada nasihat di atas iaitu MERENDAHKAN EGO TIDAK BERMAKNA KITA LEMAH DAN RENDAH DIRI....sebagai pelajar ayat ini mampu untuk mendorong saya di dalam menempuhi sesuatu cabaran hidup pada masa sekarang dengan berpegang dengan ayat yang dr coretkan ini.....sy amat setuju kerana ianya mampu menyelamatkan kita daripada menjadi mangsa keadaan dan perasaan amarah yang seringkali menjatuhkan maruah dan nilai keperibadian kita sendiri pada pandangan mata orang lain. pendek kata terima kasih dr....salam

    ReplyDelete